Thursday, October 31, 2013

Blueberry Cheese Tart


Salam Jumaat semua....hari nie aku nak crita benda yang aku tak sabar2 nak aku nak buat lepas balik kenduri hari tue...ha..benda kat atas nie la....Blueberry Cheese Tart...puas hati dapat buat...
idea nak buat nie datang lepas rasa BCT yang dibuat oleh Teratak Kasih Humaira... tq ida atas khidmat nasihat yang diberikan...

Resepi Blueberry Cheese Tart
Sumber: masam manis

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1.Ayak tepung gandum bersama gula aising
2.Masukkan butter dan gaul menggunakan tangan sehingga menjadi serbuk kasar
3.Masukkan telur dan esen vanilla.
4.Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
6..Bakar pada suhu 170c sehingga masak.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla
Blueberry filling

Cara-cara :
1.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati
3.Masukkan blueberry filling ke dalam kulit tart.
4.Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak.

Selamat Mencuba....


Monday, October 28, 2013

Walimatulurus di Sungai Petani

Sabtu lepas kami sekeluarga bersama adik husband n suaminya ke Majlis Walimatulurus saudara husband di Sungai Petani. Dah lama tak makan kenduri, sedap plak makan nasi minyak sekali sekala...Selalu dok makan kenduri tempat yang dekat-dekat ja...bila jauh skit rasa nasi tu sedap la plak (sebenarnya sampai-sampai tue perut tengah lapaq..tue yang sedap)
Awal-awal lagi aku dah bagi tau husband nak ke Jakel...maklumlah dah dekat kan...
Aku ni sebenarnya malas nak menulis panjang2, maklumlahkan aku ni bukan orang sastera...so ayat-ayat aku pun mcm skema ja...
Apa-apa pun layan jer la gambar yang sempat aku snap masa kenduri hari tue...

nie la pengantinnya cantikkan...
Pengantin perempuan tue saudara sebelah husband...
 

tengah ifah dok posing tetiba lalu plak budak sorang nie
 

Kenapa la muka Adi cam cuka ja
 

Cik Miah dok ambik gambar anak2 aku...
Control macho la tue...Adi
Adik husband aku ni klu ngan anak saudara dia memang rajin melayan
 
 
(photo kredit from google)
Lepas kenduri terus ke Jakel, Sungai Petani
dan jugak aku rembat 2 pasang kain kat sini...
kami tak terus balik..sempat lagi singgah kat umah sepupu husband kat Kepala Batas
Lepas tue baru la balik...sebab ada program nak wat kat umah...tak sabaq sebenaqnya nak tengok hasil keja sendiri..Apakah program tersebut..nanti kan di post akan datang...
Wasallam...
 
 

Salam Ramadhan...2018

DAH SETAHUN TAK BERUPDATE BLOG NIE... INSHAALLAH... LEPAS NI AKU PELAN-PELAN LA UPDATE.. SEDAQ TAK SEDAQ DAH LAST UPDATE BLOG NI PO...