Thursday, October 31, 2013

Blueberry Cheese Tart


Salam Jumaat semua....hari nie aku nak crita benda yang aku tak sabar2 nak aku nak buat lepas balik kenduri hari tue...ha..benda kat atas nie la....Blueberry Cheese Tart...puas hati dapat buat...
idea nak buat nie datang lepas rasa BCT yang dibuat oleh Teratak Kasih Humaira... tq ida atas khidmat nasihat yang diberikan...

Resepi Blueberry Cheese Tart
Sumber: masam manis

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1.Ayak tepung gandum bersama gula aising
2.Masukkan butter dan gaul menggunakan tangan sehingga menjadi serbuk kasar
3.Masukkan telur dan esen vanilla.
4.Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
6..Bakar pada suhu 170c sehingga masak.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla
Blueberry filling

Cara-cara :
1.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati
3.Masukkan blueberry filling ke dalam kulit tart.
4.Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak.

Selamat Mencuba....


4 comments:

  1. amboi pidah...x sbq betoi nak post..apa pun tq coz promote blog TQH....sedap BCT pidah tu....serius....x main2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue la teruja sgt ...ida punya pun apa kurangnya...rasa sekali nak lagi....tq atas pujian tue...

      Delete
  2. memg sedap ler kak pidah..sampi menjilat jari..hihi..nt wat lg taw...

    ReplyDelete

Salam Ramadhan...2018

DAH SETAHUN TAK BERUPDATE BLOG NIE... INSHAALLAH... LEPAS NI AKU PELAN-PELAN LA UPDATE.. SEDAQ TAK SEDAQ DAH LAST UPDATE BLOG NI PO...